Klinik Perdana Mulong
Tuesday, 5 December 2023
KLINIK PILIHAN KANAK-KANAK
Monday, 27 November 2023
SKIM PERUBATAN PERCUMA DI KLINIK PERDANA MULONG
Alhamdulillah sejak 2 minggu lepas, ramai pesakit-pesakit yang dah datang dan manfaatkan kelayakan mereka sebagai penerima skim ini, walaupun masa tu kami tak promosi lagi skim perubatan percuma ni di media sosial.
Monday, 9 October 2023
Penjagaan Haid
Bilakah haid bermula?
Haid bermula antara umur 10 hingga 15 tahun. Haid boleh bermula seawal umur 8 tahun dan selewat-lewatnya semasa berumur 16 tahun. Haid adalah sebahagian dari proses perkembangan remaja untuk menjadi dewasa, sebagai persiapan untuk peranan reproduktif dan kehamilan. Namun, kebanyakan wanita memilih untuk tidak hamil sehingga mereka berumur lebih daripada dua puluh tahun.
Pada awalnya perdarahan haid mungkin sedikit. Pada sesetengah remaja haid berlaku setiap bulan manakala pada remaja lain mengalami kelewatan didatangi haid atau mengalami haid terlalu kerap. Perkara ini adalah normal pada peringkat awal dan mengambil sedikit masa sebelum kitaran haid mula menjadi tetap.
Perlukah saya berhenti bersukan atau berenang semasa haid?
Semasa haid remaja boleh melakukan sebarang aktiviti harian termasuk bersukan, berenang, selagi masih berasa selesa. Remaja boleh memakai tampon untuk berenang semasa haid.
Perlukah saya membersihkan alat sulit wanita/faraj?
Remaja perlu menjaga kebersihan faraj dengan membersihkannya setiap hari agar sentiasa bersih. Elakkan menyembur pewangi serta menggunakan minyak mandi yang mempunyai pewangi, mandian buih dan tuala wanita yang mempunyai pewangi pada faraj.
Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan, keradangan yang teruk dan boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing dan saluran faraj. Gunakan air bersih untuk membersihkan faraj terutamanya selepas haid.
Yang mana satu perlu saya pakai? Tuala wanita atau tampon?
Tuala wanita dan tampon sangat selesa dan tidak menyusahkan. Ingat! Selalulah menukar tuala wanita atau tampon agar tubuh sentiasa bersih dan selesa.
Sepanjang tempoh haid, gunakan tuala wanita, pelapik seluar dalam (panty liner) atau tampon untuk menyerap darah haid. Gabungan beberapa jenis produk boleh digunakan. Sesetengah remaja suka menggunakan tampon semasa pendarahan haid yang banyak dan menggunakan tuala wanita atau pelapik seluar semasa pendarahan haid berkurangan. Manakala sesetengah remaja suka memakai tampon pada waktu siang dan tuala wanita pada waktu malam atau menggabungkan kedua-duanya sekali.
Bagaimana menggunakan tuala wanita?
Tuala wanita mempunyai pelbagai saiz, gaya, ketebalan dan ukuran. Terdapat tuala wanita yang bersayap yang dilipat di tepi seluar dalam untuk memberikan perlindungan yang lebih baik. Terdapat juga tuala wanita yang lebih tebal dan panjang untuk penyerapan darah haid yang banyak atau untuk kegunaan pada waktu malam.
Pilih tuala wanita berdasarkan saiz badan anda, jumlah aliran darah haid agar sentiasa selesa.
Tuala wanita harus ditukar setiap 4 hingga 6 jam, atau setelah tuala wanita penuh, atau apabila anda berasa tidak selesa untuk mengelakkan tuala wanita terlalu basah danbocor. Tuala wanita yang bocor boleh meninggalkan kesan darah pada pakaian dan menyebabkan situasi yang memalukan. Sesetengah remaja menukar tuala wanita setiap kali mereka membuang air kecil.
Bila perlu menggunakan pelapik seluar dalam (panty liner)?
Pelapik seluar dalam adalah lebih nipis dan pendek berbanding tuala wanita. Gunakan pelapik seluar dalam ketika aliran haid telah berkurang atau apabila anda hanya mengalami tompokan darah, iaitu semasa awal atau akhir kedatangan haid.
Bagaimana menggunakan tampon?
Tampon diletakkan ke dalam saluran faraj untuk menyerap darah haid. Kebanyakan tampon mempunyai alat plastik atau kadbod yang digunakan untuk menolak tampon ke dalam saluran faraj. Terdapat tali pendek yang melekat pada hujung tampon dan tergantung keluar dari vagina bagi memudahkan tampon dikeluarkan
Tampon terdapat dalam pelbagai saiz dan boleh menyerap jumlah darah haid yang berbeza-beza. Periksa paket tampon untuk mengetahui kadar penyerapan tampon sebelum menggunakannya.
Ramai remaja lebih selesa menggunakan tuala wanita. Namun, setelah meningkat dewasa terdapat remaja mula menggunakan tampon. Adalah sukar memasukkan tampon ke dalam saluran faraj pada peringkat awal kerana otot faraj boleh menjadi tegang apabila bimbang dan cemas. Bertenanglah semasa memasukkan tampon. Gunakan tampon yang nipis beserta alat penolak tampon bagi memudahkan tampon dimasukkan.
Seperti tuala wanita, tampon hendaklah ditukar selepas 4 hingga 6 jam atau lebih awal bergantung kepada jumlah aliran darah haid.
Kredit penulis:
Dr. Wan Fadhilah binti Wan Ismail
Dr. Nazhatussima bt. Suhaili
Besar daripada Usia Kandungan (LGA)
Apakah itu bayi besar dari usia kandungan?
Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal.
Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai
- Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
- Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
- Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan – sila lihat gambarajah.
- Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.
Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan?
Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :
- Keturunan – ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
- Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
- Ibu yang mengidap diabetes semasa mengandung.
Apakah ciri-ciri bayi besar dari usia kandungan?
Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
- Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)
- Warna kulit sangat merah (plethora).
- Kecacatan masa lahir – bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
- Kesukaran bernafas.
- Keletihan – disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
Apakah masalah-masalah lain yang berkait dengan bayi besar dari usia kandungan?
- Kadar kelahiran secara pembedahan adalah tinggi.
- Kesukaran kelahiran yang menyebabkan kecederaan semasa lahir (shoulderdystosia – bahu tersangkut) menyebabkan pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah/lumpuh anggota tangan (Erb’s palsy – yang berkait dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu).
- Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi (bayi lemas dalam kandungan) dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.
Bagaimana bayi besar dari usia kandungan perlu dirawat?
Rawatan spesifik adalah berasaskan kepada keperluan dan keadaan bayi. Pada asasnya, bayi besar dari usia kandungan perlu
- Diperiksa untuk sebarang kecacatan / kecederaan semasa lahir.
- Memeriksa kandungan gula dalam darah.
- Penyusuan bayi dimulakan awal dan kerap.
Sesetengah bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad neonat untuk:
- Rawatan cecair intravena / dextrose (cecair yang diberi ke dalam salur darah)
- Sokongan pernafasan.
- Penukaran darah
- Fototerapi
- Fisioterapi
Bolehkah kita mengelakkan bayi dari menjadi besar dari usia kandungan?
Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :
- Memantau berat ibu semasa hamil.
- Memastikan penyakit seperti diabetes terkawal semasa hamil
- Memantau pertumbesaran bayi.
- Rancang kelahiran yang selamat.
Langkah-langkah ini mungkin dapat menolong di dalam mengelakkan bayi menjadi besar dari usia kandungan atau dalam menangani masalah bayi yang besar dari usia kandungan secara berkesan.
Tuesday, 30 May 2023
SLOT SCAN & DETAIL SCAN JUN 2023
SLOT SCAN & DETAIL SCAN JUN 2023








Wednesday, 3 May 2023
SLOT SCAN & DETAIL SCAN MEI 2023
SLOT SCAN & DETAIL SCAN MEI 2023








KLINIK PILIHAN KANAK-KANAK
Alhamdulillah, adik ni lama dah jadi kurang dengar. Bila Dr Amirul periksa, rupanya telinga tersumbat. Lepas cuci telinga, lega dah adik. Ma...

-
SLOT SCAN & DETAIL SCAN JUN 2023 KINI DIBUKA!!! 9 JUN 2023 - JUMAAT 9.30 PAGI - 12.30 TGH DETAIL SCAN melihat dengan lebih teliti ke...
-
SLOT SCAN & DETAIL SCAN MEI 2023 KINI DIBUKA!!! 26 MEI 2023 - JUMAAT 9.00 PAGI - 12.30 TGH DETAIL SCAN melihat dengan lebih teliti kea...
-
Klinik Perdana Mulong merupakan sebuah klinik swasta yang terletak di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Klinik ini mempunyai seorang d...