Sesak nafas atau lelah dalam kalangan kanak-kanak bukanlah perkara asing. Antara penyakit yang boleh menyebabkan kanak-kanak sesak nafas adalah:
1. bronchopneumonia (jangkitan paru-paru)
2. bronchial asthma (asma)
3. croup
4. bronchiolitis
Sesak nafas boleh membawa maut jika tidak dirawat secepat mungkin. Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mengenalpasti tanda-tanda sesak nafas supaya anak dapat dibawa mendapatkan rawatan dengan segera!
Antara tanda-tanda sesak nafas/lelah adalah:
1. Nafas berbunyi
2. Nafas laju
3. Muka/bibir kebiruan
4. Dada berombak
5. Otot tulang rusuk timbul tenggelam
6. Paras oksigen kurang daripada 95% (menggunakan oximeter)
Sekiranya anak anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda ini, sila dapatkan rawatan dengan segera dan ikut nasihat doktor.
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"