Monday, 13 December 2021

RAWATAN KUKU CENGKAM/ CEKAM/ CAGU DI KLINIK PERDANA MULONG

Cagu atau ‘Ingrown Toenail’ terjadi apabila sudut ataupun hujung kuku pada ibu jari kaki anda mencengkam dan tumbuh di dalam kawasan kulit sekitarnya.

Faktor terjadinya cekam kuku:

  • Kemalangan kecil seperti ibu jari kaki anda tersadung atau terlanggar sesuatu (seperti kaki meja atau kaki katil)
  • Pemakaian kasut yang terlalu ketat
  • Memotong kuku terlampau pendek
  • Memotong kuku di bahagian sudut 
Cara untuk mengelakkan terkena cagu termasuklah:

  • Pakai kasut yang selesa (tidak ketat)
  • Potong kuku dengan cara yang betul
  • Kurangkan berat badan

Jika cagu yang anda alami mempunyai sebarang jangkitan, anda harus segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan sebarang ubatan-ubatan.

Antara tanda-tanda jangkitan termasuklah:

  • Ibu jari kaki menjadi bertambah merah dan membengkak teruk
  • Kesakitan yang amat sangat
  • Nanah
  • Bau busuk

Anda juga boleh untuk pertimbangkan membuat rawatan pembuangan kuku sekiranya keadaan semakin teruk, dan sakit semakin bertambah. Kuku boleh dibuang separuh, atau keseluruhannya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami:

Telefon: 09-712 8184
Whatsapp: 011-2309 7987




Sunday, 12 December 2021

DAPATKAN VAKSIN INFLUENZA


Gejala influenza termasuklah batuk, sakit tekak, selsema, demam, sakit kepala. Influenza sangat mudah untuk berjangkit terutama dalam keadaan sesak dan tertutup.
Influenza berpunca daripada virus A, B dan C. Jangkitan teruk boleh berlaku terutamanya kepada kumpulan kanak-kanak dan warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Antara komplikasi teruk influenza boleh menyebabkan jangkitan kuman paru-paru dan maut.
Langkah untuk mencegah influenza:
1. Jauhi tempat yang tertutup dan sesak serta berada dekat dengan orang yang dijangkiti penyakit saluran pernafasan atas akut (seperti bersin, batuk dan selesema).
2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk.
3. Basuh tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
4. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika selesema.
5. Hindari tempat awam semasa wabak selesema.
AMBIL VAKSIN INFLUENZA UNTUK MENCEGAH JANGKITAN.
Lindungi anak-anak dan ahli keluarga anda.





SENARAI PANEL KLINIK PERDANA MULONG

 Sukacita dimaklumkan klinik kami merupakan klinik panel kepada syarikat/badan/jabatan berikut:

-KIAS
-KPTM
-UITM
-LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA(LKIM)
-LEMBAGA TEMBAKAU
-RISDA
-AIN MEDICARE
-VISTA SUMMEROSE
-AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
-YADIM
-YaPEIM
-AMANAHRAYA
-HOTEL GRAND RENAI
-SAFEGUARDS
-KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
-MARA KELANTAN
-MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT KELANTAN(MAIK)
-PMCare
-HEALTH CONNECT
-ASP MEDICAL GROUP
-mednefits
-REDALERT
-Air Kelantan (AKSB)
-majaari
-PKINK
-Building Lindungan
-PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK)
-PMBKD SDN BHD
-DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
-HEALTH METRIC
Boleh dapatkan rawatan di Klinik Perdana Mulong. 😄

DOKTOR WANITA DI KLINIK PERDANA MULONG

 Tak tahu klinik mana ada doktor wanita?

Ada masalah wanita?
Nak scan mengandung?
Nak buka buku pink?
Nak dapatkan nasihat tentang perancangan keluarga?
Nak buang implanon?
Nak sunat bayi perempuan?
Ya semuanya boleh didapati di klinik kami. 😁
Dapatkan rawatan dan nasihat kesihatan anda di Klinik Perdana Mulong. ☺️
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Telefon: 09-712 8184
Whatsapp: +60 11-2309 7987



KLINIK PILIHAN KANAK-KANAK

Alhamdulillah, adik ni lama dah jadi kurang dengar. Bila Dr Amirul periksa, rupanya telinga tersumbat. Lepas cuci telinga, lega dah adik. Ma...