Monday, 13 December 2021

RAWATAN KUKU CENGKAM/ CEKAM/ CAGU DI KLINIK PERDANA MULONG

Cagu atau ‘Ingrown Toenail’ terjadi apabila sudut ataupun hujung kuku pada ibu jari kaki anda mencengkam dan tumbuh di dalam kawasan kulit sekitarnya.

Faktor terjadinya cekam kuku:

  • Kemalangan kecil seperti ibu jari kaki anda tersadung atau terlanggar sesuatu (seperti kaki meja atau kaki katil)
  • Pemakaian kasut yang terlalu ketat
  • Memotong kuku terlampau pendek
  • Memotong kuku di bahagian sudut 
Cara untuk mengelakkan terkena cagu termasuklah:

  • Pakai kasut yang selesa (tidak ketat)
  • Potong kuku dengan cara yang betul
  • Kurangkan berat badan

Jika cagu yang anda alami mempunyai sebarang jangkitan, anda harus segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan sebarang ubatan-ubatan.

Antara tanda-tanda jangkitan termasuklah:

  • Ibu jari kaki menjadi bertambah merah dan membengkak teruk
  • Kesakitan yang amat sangat
  • Nanah
  • Bau busuk

Anda juga boleh untuk pertimbangkan membuat rawatan pembuangan kuku sekiranya keadaan semakin teruk, dan sakit semakin bertambah. Kuku boleh dibuang separuh, atau keseluruhannya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami:

Telefon: 09-712 8184
Whatsapp: 011-2309 7987




No comments:

Post a Comment

KLINIK PILIHAN KANAK-KANAK

Alhamdulillah, adik ni lama dah jadi kurang dengar. Bila Dr Amirul periksa, rupanya telinga tersumbat. Lepas cuci telinga, lega dah adik. Ma...