Sunday, 12 December 2021

DAPATKAN VAKSIN INFLUENZA


Gejala influenza termasuklah batuk, sakit tekak, selsema, demam, sakit kepala. Influenza sangat mudah untuk berjangkit terutama dalam keadaan sesak dan tertutup.
Influenza berpunca daripada virus A, B dan C. Jangkitan teruk boleh berlaku terutamanya kepada kumpulan kanak-kanak dan warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Antara komplikasi teruk influenza boleh menyebabkan jangkitan kuman paru-paru dan maut.
Langkah untuk mencegah influenza:
1. Jauhi tempat yang tertutup dan sesak serta berada dekat dengan orang yang dijangkiti penyakit saluran pernafasan atas akut (seperti bersin, batuk dan selesema).
2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk.
3. Basuh tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
4. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika selesema.
5. Hindari tempat awam semasa wabak selesema.
AMBIL VAKSIN INFLUENZA UNTUK MENCEGAH JANGKITAN.
Lindungi anak-anak dan ahli keluarga anda.





No comments:

Post a Comment

KLINIK PILIHAN KANAK-KANAK

Alhamdulillah, adik ni lama dah jadi kurang dengar. Bila Dr Amirul periksa, rupanya telinga tersumbat. Lepas cuci telinga, lega dah adik. Ma...