Sunday, 30 January 2022

BUKA BUKU ANTENATAL (BUKU PINK) DI KLINIK PERDANA MULONG

Slot rawatan dan temujanji mengandung kembali dibuka kepada ibu-ibu yang memilih untuk dapatkan temujanji di klinik swasta.

Untuk makluman, slot buku pink di Klinik Perdana Mulong adalah terhad pada satu-satu masa supaya tumpuan penuh dapat diberikan kepada ibu-ibu yang memilih untuk temujanji bersama kami.

Slot kembali dibuka setelah ibu yang dipantau oleh doktor kami selamat melahirkan anak.

Polisi tempat terhad kami ini dibuat demi kebaikan ibu-ibu mengandung yang memberi kepercayaan kepada kami. 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami:
Telefon: 09-712 8184
Whatsapp: 011-2309 7987






 

VAKSINASI BAYI DAN KANAK-KANAK

VAKSINASI BAYI DAN KANAK-KANAK DI KLINIK PERDANA MULONG

Ibubapa yang ingin mendapatkan vaksin bagi anak-anak boleh datang ke klinik kami. Kami menawarkan suntikan vaksin selaras dengan jadual imunisasi kebangsaan yang terbaru.

Lindungi anak-anak anda. 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami:
Telefon: 09-712 8184
Whatsapp: 011-2309 7987



VAKSIN MENINGGOCOCCAL UNTUK UMRAH/HAJI

 UMRAH DIBENARKAN SEMULA - KERAJAAN

🕋
Alhamdulillah, perjalanan untuk umrah dibenarkan semula oleh kerajaan bermula 8hb Feb 2022. Bagi sesiapa yang telah merancang perjalanan dan masih belum mengambil vaksin meningococcal boleh dapatkan vaksin anda di klinik kami. InsyaAllah harga istimewa untuk pokcik mokcik abe kakok hok mari di Klinik Perdana Mulong. 😄
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami:
Telefon: 09-712 8184
Whatsapp: 011-2309 7987



Tuesday, 4 January 2022

SLOT SCAN & DETAIL SCAN DI KLINIK PERDANA MULONG JANUARI 2022

 SLOT SCAN & DETAIL SCAN DI KLINIK PERDANA MULONG

📆 28 JANUARI 2022 - JUMAAT
⏰ 3.00 PTG - 6.00 PTG
✅DETAIL SCAN 🤔
✔️melihat dengan lebih teliti keadaan fizikal bayi (dalaman dan luaran ) seperti masalah tulang belakang (spina bifida) , bibir sumbing , jantung berlubang , usus terkeluar (omphalocele / gastroschisis)
✔️mengesan sebarang 'abnormalities' atau kecacatan pada bayi
🕙🕙Waktu kandungan yg sesuai ?
✔️2D detail scan : 20-28mggu kandungan
✔️2D detail scan + 4D/5D Scan : 24-28minggu kandungan

2D Detail scan : RM 160
2D Detail scan + 5D scan : RM 210
3D, 4D,5D scan: RM130
**harga utk SINGLE BABY

SELAIN ITU, ADA JUGA SLOT UNTUK SCAN ABDOMEN (PERUT) Upper Abdomen: RM140 KUB (buah pinggang/pundi kencing) : RM100 Scan Pelvic (sistem peranakan): RM100 Upper Abdomen + KUB : RM170
Hubungi kami dengan segera untuk menempah slot anda
😄

Telefon: 09-712 8184
Whatsapp: +60 11-2309 7987

Makluman:
Satu slot mengambil masa lebih kurang 40 minit. Suami tidak dibenarkan menemani isteri di dalam bilik scan untuk mengurangkan risiko COVID-19. Harap maklum. 🙂



Monday, 13 December 2021

RAWATAN KUKU CENGKAM/ CEKAM/ CAGU DI KLINIK PERDANA MULONG

Cagu atau ‘Ingrown Toenail’ terjadi apabila sudut ataupun hujung kuku pada ibu jari kaki anda mencengkam dan tumbuh di dalam kawasan kulit sekitarnya.

Faktor terjadinya cekam kuku:

  • Kemalangan kecil seperti ibu jari kaki anda tersadung atau terlanggar sesuatu (seperti kaki meja atau kaki katil)
  • Pemakaian kasut yang terlalu ketat
  • Memotong kuku terlampau pendek
  • Memotong kuku di bahagian sudut 
Cara untuk mengelakkan terkena cagu termasuklah:

  • Pakai kasut yang selesa (tidak ketat)
  • Potong kuku dengan cara yang betul
  • Kurangkan berat badan

Jika cagu yang anda alami mempunyai sebarang jangkitan, anda harus segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan sebarang ubatan-ubatan.

Antara tanda-tanda jangkitan termasuklah:

  • Ibu jari kaki menjadi bertambah merah dan membengkak teruk
  • Kesakitan yang amat sangat
  • Nanah
  • Bau busuk

Anda juga boleh untuk pertimbangkan membuat rawatan pembuangan kuku sekiranya keadaan semakin teruk, dan sakit semakin bertambah. Kuku boleh dibuang separuh, atau keseluruhannya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami:

Telefon: 09-712 8184
Whatsapp: 011-2309 7987




Sunday, 12 December 2021

DAPATKAN VAKSIN INFLUENZA


Gejala influenza termasuklah batuk, sakit tekak, selsema, demam, sakit kepala. Influenza sangat mudah untuk berjangkit terutama dalam keadaan sesak dan tertutup.
Influenza berpunca daripada virus A, B dan C. Jangkitan teruk boleh berlaku terutamanya kepada kumpulan kanak-kanak dan warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Antara komplikasi teruk influenza boleh menyebabkan jangkitan kuman paru-paru dan maut.
Langkah untuk mencegah influenza:
1. Jauhi tempat yang tertutup dan sesak serta berada dekat dengan orang yang dijangkiti penyakit saluran pernafasan atas akut (seperti bersin, batuk dan selesema).
2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk.
3. Basuh tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
4. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika selesema.
5. Hindari tempat awam semasa wabak selesema.
AMBIL VAKSIN INFLUENZA UNTUK MENCEGAH JANGKITAN.
Lindungi anak-anak dan ahli keluarga anda.





SENARAI PANEL KLINIK PERDANA MULONG

 Sukacita dimaklumkan klinik kami merupakan klinik panel kepada syarikat/badan/jabatan berikut:

-KIAS
-KPTM
-UITM
-LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA(LKIM)
-LEMBAGA TEMBAKAU
-RISDA
-AIN MEDICARE
-VISTA SUMMEROSE
-AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
-YADIM
-YaPEIM
-AMANAHRAYA
-HOTEL GRAND RENAI
-SAFEGUARDS
-KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
-MARA KELANTAN
-MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT KELANTAN(MAIK)
-PMCare
-HEALTH CONNECT
-ASP MEDICAL GROUP
-mednefits
-REDALERT
-Air Kelantan (AKSB)
-majaari
-PKINK
-Building Lindungan
-PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK)
-PMBKD SDN BHD
-DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
-HEALTH METRIC
Boleh dapatkan rawatan di Klinik Perdana Mulong. 😄

KLINIK PILIHAN KANAK-KANAK

Alhamdulillah, adik ni lama dah jadi kurang dengar. Bila Dr Amirul periksa, rupanya telinga tersumbat. Lepas cuci telinga, lega dah adik. Ma...